Tuesday, August 7, 2012

Selamat hari lahir!




Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-15 tahun buat adik aku, Hidayah. Umur baru 15 tahun, tapi badan dia, ketinggian dia, ade macam budak umur 20 tahun dah. Tinggi sikit dari aku. Ciss! 

Dengan dia, aku selalu gaduh. Ade je yang tak puas hati. Suka kacau dia, buat dia marah, buat dia menangis, paling suka buli dia. Macam macam hal. Ape ape pun dia tetap adik kandung aku & aku sayang dia.

Friday, December 30, 2011

Monday, November 28, 2011

Addicted dengar lagu ni doplohpat jam! Best!

Penakut by Yuna

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak penah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak penah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Tuesday, November 22, 2011

Final Sukan SEA. Tahniah Malaysia!



Tahniah buat Malaysia! Selamanya Harimau Malaya!!




 

Selamanya-Harimau Malaya
 

Sumber: Google, Youtube.

Thursday, November 3, 2011

Senyum :)

Assalam. Bukan nak cite ape pun. Cuma pelik dengan sesetengah manusia atau mungkin kebanyakkannya yang tak reti nak senyum. Kemon laa.. Senyum je pon.. Bukan susa.. Tarik pipi due due belah pon da bole nampak sikit muka senyum. Lagi lagi yang ade lesung batu pipit kat pipi tuh. Comel weh.. Kehkeh..

Kisahnya pagi tadi pegi ke poli sebab nak amek transkrip. Masuk masuk pintu unit peperiksaan tu, aku senyum sehabis manis dekat kerani yang ade kat situ. Bukan ape, takde motif aku nak bermasam muka dengan sape sape masa tu. Tapi ape yang aku dapat hanya pandangan masam/sinis/samdol dari dia. Kemon laa cik kak.. 'Merah' ke ape masam masam muka nih.. Senyum sikit pun takkan tak bole.. Senyum tu kan satu sedekah. Takkan dengan kaum sejenis je akak masam muka tapi bila dengan lelaki, akak tersengih macam kerang busuk? Wallahualam..

Tapi satu saya respek akak. Walaupon akak tak balas balek senyuman saya, tapi akak layan saya baek baek & cakap dengan saya elok elok tu pon da kira okay jugak kot.. Ape ape pon terima kaseh ye kak.. Sebab takde layan/cakap kasar kasar dengan saya.. Tehee.. :) Dah la. Membebel ape tah aku pon taktau nih. Chiao.

Monday, October 31, 2011

DEMM

Lelaki.. Jangan tanya kenapa perempuan tak setia dengan kau. Ini kerana kau yang tak setia dengan perempuan tu.

Lelaki.. Jangan tanya kenapa perempuan tipu kau.. Ini kerana kau yang tipu perempuan tu dulu..

Lelaki.. Jangan tanya kenapa perempuan suka permainkan hati dan perasaan kau.. Ini kerana kau yang suka mainkan hati dan perasaan perempuan tu dulu..

Lelaki.. Kenapa kau tak pernah bersyukur dengan ape yang kau ade? Ape yang kurangnya pada perempuan yang sentiasa sayang, cinta dan setia pada kau ? Ape lagi yang kau nak ? Tak perlu mengharapkan yang sempurna kerana semua umat manusia tak sempurna.

Sekarang semua yang kau pernah buat pada perempuan yang setia pada kau dulu, dah berbalik pada kau. Harap kau dapat berfikir macam mana rasa sakitnya hati bila dipermainkan. Macam tu la perempuan tu pernah rasa terhadap kau dulu dan ini untuk kau.


Akhir kata, WHAT GOES AROUND COMES BACK AROUND. Thanks.

Sunday, August 7, 2011

Perasaan sedih? DEMM!!

Kenape adenye perasaan sedih?? Aku tak larat nak menangis setiap kali bile aku sedih dan bile ade masalah melanda.. Semua tu memenatkan!! Tapi aku tetap tak bole nak elak perassan tu dari dalam diri aku sendiri. Sebab aku hanya manusia biasa.. Kadang kadang dalam hati terdetik lebih baek jadi patung daripada jadi manusia, sebab patung takde hati dan perasaan. Patung jugak takde kena pikir macam macam masalah dalam dunia manusia ni.. Walau ape pun aku tetap bersyukur pada Allah, walaupun aku dibendung perasaan sedih, tapi aku tetap dapat berfikir dengan waras dan tak buat benda yang bukan bukan terhadap diri aku.. Aku masih ade keluarga yang menyayangi aku.. Aku jugak ade kawan kawan yang sentiasa bagi sokongan dan dorongan kat aku. Terima kaseh..